Tuesday, February 17, 2015

BIO-EVER NANO CREAM

Bio~Ever Nano Cream menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano seperti Pegaga (Centella Asiatica), Wild Yam (Dioscorea Villosa) dan Kacang Soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan merangsang sintesis kolagen. Wild Yam dan Kacang Soya pula mengandungi rumusan yang boleh mengaktifkan hormon tumbuh-tumbuhan yang mirip dengan aktiviti hormon badan.

Bagaimanakah Bio~Ever Nano Cream mempengaruhi badan kita?
Kacang soya dalam Bio~Ever Nano Cream mengandungi zat-zat semula jadi dan bahan-bahan antioksidan yang serupa dengan hormon wanita yang amat berkesan dalam mengatasi proses penuaan. Diosgenin yang terdapat dalam Bio~Ever Nano Cream pula dapat mengaktifkan hormon-hormon badan seperti progesteron, testosteron, kortisol dan sebagainya. Hormon-hormon ini dapat menyelaraskan sistem badan termasuklah fungsi metabolisme dan sistem saraf, di samping melambatkan penuaan organ-organ badan dan memelihara fungsi fisiologi badan. Selain itu, rumusan yang terkandung dalam Wild Yam (Dioscorea Villosa) dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain dan membolehkan kelenjar-kelenjar ini berfungsi secara lancar, seterusnya menggalakkan sistem hormon berfungsi dengan baik dan memperoleh badan yang sihat.

Bagaimanakah tahap penyerapan Bio~Ever Nano Cream?
Masa penyerapan adalah kira-kira 2-3 minit bagi selepas haid berhenti sehingga 7 hari sebelum bermulanya haid yang seterusnya. Selepas ini, masa penyerapan akan dipercepatkan di mana ia hanya memerlukan 15 saat. Tahap penyerapan yang lebih cepat ini menunjukkan badan manusia mempunyai lebih banyak hormon untuk diagihkan ke setiap kelenjar endokrin. Biasanya, Bio~Ever Nano Cream diserap dengan lebih cepat dalam tempoh 7 hari sebelum bermulanya haid.





Kandungannya:-




  1. Kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan.
  2. Kaya dengan diosgenin yang boleh mengaktifkan hormon, membantu menggalakkan kadar metabolisme dan menyelaraskan sistem saraf.
  3. Memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain.
  4. Meningkatkan daya stamina dan tenaga.


Sapu dan urut pada bahagian-bahagian yang tertentu sehingga diserap sepenuhnya. 

No comments:

Post a Comment